Perjalanan - Putera Aiman

Isnin, 17 Mac 2025

Coming Soon... : Akademi Quran Al-Sya'rawi


"Setiap huruf Al-Quran yang dipelajari adalah langkah menuju cahaya Ilahi. Setiap ayat yang dihafal adalah bekal untuk menjadi hamba yang lebih dekat dengan-Nya. Kini, anda berpeluang untuk menyumbang kepada misi suci ini sambil mendapatkan manfaat ilmu yang tak ternilai.



Dengan hanya RM20, anda boleh memiliki e-book eksklusif "Misi Huffaz Ulul Albab", sebuah panduan dan inspirasi untuk melahirkan generasi penghafal Al-Quran yang bukan sekadar hafiz, tetapi juga ulul albab – insan yang berfikir dan beramal dengan kalamullah. Setiap pembelian adalah sumbangan amal jariah anda ke arah merealisasikan pembukaan Akademi Quran Al-Sya'rawi, pusat pendidikan al-Quran yang ke arah melahirkan generasi Quranik yang cemerlang dunia dan akhirat.

'Dan sesiapa yang membawa kebaikan (ilmu dan amal), maka baginya (balasan) yang lebih baik daripadanya.' (Surah Al-Qasas, 28:84)


Jadilah sebahagian daripada misi ini. Dengan RM20, anda bukan sekadar membeli e-book, tetapi turut menyumbang kepada pembinaan generasi berteraskan al-Quran dan penghayatannya yang gemilang.

#MisiHuffazUlulAlbab 

#AmalJariah 

#AkademiQuranAlSyarawi 

#BersamaMembinaGenerasiQuran"


 

Mari bersama-sama kita belanjakan sedikit rezeki untuk sama-sama merealisasikan usaha ke arah melahirkan generasi yang mencintai dan menghayati Al-Quran. Semoga setiap ringgit anda menjadi amal jariah yang akan terus mengalir pahalanya seiring dengan berjalannya misi dakwah dan pendidikan al-Quran ini. 




Sila hantar resit pembayaran anda di sini :
https://wasap.my/60142018986/Nak-Ebook

Rabu, 12 Mac 2025

AS-SAFF CHALLENGE : CABARAN HAFAZ SURAH AS-SAFF SEMPENA WORLD QURAN HOUR 2025

Sertai As-Saff Challenge & Menangi Hadiah Wang Tunai!

📖 Adakah anda berumur 10-18 tahun dan mampu membaca serta menghafal surah Al-Quran dengan baik? Inilah peluang anda untuk menguji kemahiran hafazan dalam cabaran khas sempena World #QuranHour 2025!

📅 Tarikh akhir penyertaan: 21 Mac 2025
🏆 Hadiah wang tunai + e-sijil penyertaan!

🔥 Jadilah yang terpantas menghantar hafazan!
🔥 Pastikan tajwid & makhraj tepat!
🔥 Buktikan kelancaran bacaan anda!

📌 5 peserta terbaik akan dinilai oleh 3 orang Panel pada 25 Mac 2025!

📲 DAFTAR SEKARANG! 

📍 Link pendaftaran:

https://bit.ly/pendaftaranASC2025


Atau hubungi:
📞 016-799 7528 (Durrah)
📞 013-959 8316 (Aqilah)

🚀 Mampukah anda menjadi juara? Sertai & buktikan! 💪



Khamis, 6 Mac 2025

DAURAH RAMADAN BERSAMA PONDOK TADABBUR

Salam Ramadan! 

Ramadan & Al-Quran: Cahaya dalam Kegelapan

Ramadan tiba lagi. Bulan yang dinanti, bulan yang dinikmati. Namun, adakah kita benar-benar menghayatinya? Atau sekadar mengulang rutin puasa dan terawih tanpa benar-benar menyelami maksudnya?

Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 185:

"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan daripada petunjuk itu serta pembeza (antara yang benar dan yang batil)…”

Ramadan dan al-Quran, ibarat dua sahabat karib yang tidak boleh dipisahkan. Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan di mana Allah SWT menghadiahkan cahaya buat hati-hati yang mahu mencari jalan pulang. Dalam keheningan sahur, dalam rukuk dan sujud yang panjang, al-Quran menanti untuk dibaca, difahami, dan dihayati.

Bayangkan sebuah rumah yang gelap bertahun-tahun. Tiba-tiba, seseorang membawa masuk lampu yang terang benderang. Begitulah hati manusia tanpa al-Quran. Kelam, sunyi, kosong. Tetapi saat al-Quran menyapa, ia menerangi jiwa, memberi makna kepada setiap langkah kehidupan.

Berapa banyak hati yang resah, lalu tenang setelah membaca al-Quran? Berapa ramai jiwa yang hanyut, lalu menemui arah selepas bertadabbur dengan kalam-Nya?

Ramadan ini, mari kita hidupkan al-Quran. Bukan hanya di bibir, tetapi di hati. Bacalah, walaupun satu halaman sehari. Tadabburlah, walaupun satu ayat. Kerana setiap hurufnya adalah cahaya, setiap maknanya adalah petunjuk.

Ramadan akan berlalu, tetapi biarlah cinta kita kepada al-Quran kekal. Biarlah Ramadan menjadi titik perubahan, bukan sekadar persinggahan sementara. Semoga al-Quran benar-benar menjadi petunjuk, penyembuh, dan pelita dalam kegelapan hidup kita.

Jom sama-sama mengisi bulan penuh keberkatan ini dengan ilmu dan tadabbur Al-Quran.

📅 Tarikh: 12 & 13 Mac 2025

📍 Lokasi: Bilik Seminar Dungun, Bidara Learning (Tingkat atas Ayam Penyet Dungun)

🎤 Penceramah: Ustaz Mahmud & Ustaz Amir

💰 Percuma!


Ambil peluang ini untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran dan meningkatkan kefahaman kita. 

Jangan lupa ajak keluarga dan sahabat!

📞 Maklumat lanjut: 013-3436068

Sila masuk ke Group Whatsapp jika anda berminat menghadiri Daurah Tadabbur 

https://chat.whatsapp.com/Hbb7uhpgpmBC8VgzcWO4Zm

Isnin, 3 Mac 2025

Meriahkan Ramadan dengan Quran, Solat dan Infaq

 إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ
لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُمْ مِنْ فَضْلِهِ ۚ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ 
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi, agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.

Assalamualaikum sahabat, teman, saudara...
(Semoga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah)

Saya masih ada 200 unit buku Diari Ramadhanku yang dapat dimanfaatkan sepanjang Ramadan ini. Buku ini boleh menjadi pemangkin agar mereka yang memilikinya lebih menghargai dan menghayati Ramadan bersama penghayatan amalan dan al-Quran.

Ada tak sahabat-sahabat atau kenalan saya nak bantu saya untuk menyebarluaskan manfaatnya dengan menaja buku-buku ini untuk dihadiahkan kepada mahasiswa-mahasiswi pengajian Islam di UniSZA?

1 unit buku = RM15

Semoga sama-sama dapat mengimarahkan ramadan dengan amal kebaikan serta meraih keberkatan dan pahala berganda di bulan ramadan ini dengan asbab buku ini. Terima Kasih.


Al-Faqir Ila Rabb Al-Kabir,
Mahmud Jamaludin As-Sabahi,
Aktivis Quran Resources


Terima kasih kerana sudi bantu saya realisasikan misi ini? 


Tajaan boleh disalurkan di sini 👇🏻



Sabtu, 1 Mac 2025

Diari Ramadhanku : Ke Arah Diriku Yang Lebih Baik (Ahsanu Amalan)

 يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Surah al-Baqarah, 2: 183)

Ramadan kembali lagi. Seperti tetamu agung yang membawa keberkatan, ia mengetuk pintu hati kita, mengingatkan jiwa yang alpa, menyuburkan semangat yang layu. Di tengah hiruk-pikuk kehidupan, Ramadan hadir sebagai madrasah ruhaniyah untuk menyegarkan kembali iman yang mungkin telah lelah dalam perjalanan panjang duniawi.

مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa yang menegakkan ramadhan kerana iman dan mengharap (pahala), maka diampuni dosa-dosanya yang lalu.”(Hadis Riwayat Bukhari)

Wahai Iman! Tidakkah kau mendengar seruan Tuhanmu? Panggilan kasih sayang ini bukan sekadar satu kewajipan, tetapi satu peluang! Peluang untuk kembali kepada fitrah, membersihkan hati, dan mendekatkan diri kepada-Nya. Allah tidak meminta kita berlapar dan dahaga tanpa sebab, tetapi agar kita belajar makna sabar, syukur, dan taqwa.


Lihatlah sekelilingmu, wahai Iman! Dunia ini semakin sesak dengan kealpaan. Nafsu seringkali mengaburi mata hati. Segala kemudahan yang dikecapi menjadikan kita lalai, lupa bahawa kehidupan ini hanyalah persinggahan. Maka, Ramadan datang sebagai penyelamat, membimbing kita kembali kepada tujuan asal penciptaan – menjadi hamba yang tunduk dan patuh kepada-Nya.

Mari kita jadikan Ramadan ini titik perubahan. Bukan sekadar menahan lapar, tetapi menahan lidah daripada mengumpat, menahan hati daripada dengki, menahan diri daripada segala perkara yang mengotori jiwa. Bukankah ini peluang terbaik untuk kita muhasabah diri? Untuk memperbaiki solat yang mungkin selama ini hanya gerakan tanpa penghayatan? Untuk memperbaiki hubungan sesama manusia yang mungkin retak kerana ego dan prasangka?


Wahai Iman! Janganlah kau sia-siakan peluang ini. Sungguh, Ramadan bukan hanya tentang perubahan selama sebulan, tetapi latihan untuk menjadi insan yang lebih baik sepanjang hayat. Berdoalah, bermunajatlah, bersujudlah dengan penuh rasa kehambaan. Sungguh, Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengasihi.

Sahutlah seruan Tuhanmu! Dekap erat-erat Ramadan ini dalam jiwamu. Agar saat ia pergi nanti, kita menjadi insan yang lebih dekat dengan-Nya, lebih bertakwa, dan lebih memahami hakikat kehidupan yang sebenar.

Ya Allah, jadikan Ramadan ini Ramadan terbaik dalam hidup kami. Ameen.


Ingatan tulus ikhlas buat diri dan saudara-saudaraku di jalan Allah,
Al-Faqir Ila Rabb Al-Kabir,
UMJ,
Aktivis Quran Resources