“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi...”
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ اْلعلي الْعَظِيْمِ
Tiada daya untuk menghindari kejahatan, dan tiada upaya untuk menghasilkan kebaikan kecuali dengan izin Allah.
Hadirkan rasa kehambaan kepada Allah, dengan benar-benar menghayati apa yang adik-adik ucapkan. Rasakan sendiri pengalaman tu adik-adik. Kebenaran selalu akan membuatkan hati kita tenang tanpa rasa takut melainkan kepada Allah.
Nak ustaz, nak, nak! Ahmad berkata dengan penuh semangat.
Allah ada ceritakan sebuah kisah dalam al-Quran, bacalah!
"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata".
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.
Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang, lalu ia berkata: "Inikah Tuhanku?" Kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang".
Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit, dia berkata: "Inikah Tuhanku?" Maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".
Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit, berkatalah dia: "Inikah Tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).
"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".
(Al-An'aam, 6: 74 - 79)
Adik-adik perasan tak?
Nabi Ibrahim a.s. berfikir untuk cari kebenaran dengan ilmu dan akalnya. Dia tengok bintang, tengok bulan, tengok matahari, dan fikir yang mana satu tuhan yang sebenar. Akhirnya, dia dapat conclusion tuhan yang sebenar adalah yang menciptakan semua itu, ALLAH !
Maknanya apa adik-adik? Kita hendaklah selalu mencari tahu apa sebenarnya sikap dan pendirian sebenar yang patut ada pada diri kita ketika memegang watak kehidupan sebagai seorang anak, pelajar dan sahabat.
Seorang anak yang bersikap benar terhadap ibu bapanya tidak akan menderhakai mereka. Seorang pelajar yang bersikap benar, tidak mungkin menghabiskan masanya untuk keseronokan sehingga mengabaikan tanggungjawab pelajarannya. Demikian pula seorang sahabat yang bersikap benar, pasti tidak tergamak menzalimi dan mengkhianati makna sebenar sebuah persahabatan.
So, adik-adik yang ustaz sayangi! Dapat sesuatu tak?
Berusahalah menjadi anak yang berbakti, pelajar yang cemerlang, dan sahabat yang baik kepada orang yang kita sayangi dan hormati. Semoga Allah merahmati kalian dengan anugerah kejayaan dan kebaikan dalam hidup.
Bersambung...
Al-Faqir Ila Rabb Al-Kabir,
Aktivis Quran UMJ


Tiada ulasan:
Catat Ulasan