Perjalanan - Putera Aiman

Khamis, 30 Januari 2025

Ustaz, Macamana nak jadi huffaz Ulul Albab? - Sambungan 2




Pertama, adik-adik kenalah berpegang teguh dengan keyakinan bahawa segala kejadian yang ada dilangit dan dibumi ini adalah dibawah kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah kepada hamba-hambaNya. Terang-terang Allah kata dalam ayat tadi;-

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal (Ulul Albab);

(Ali-Imran, 3: 190)

Macamana caranya ustaz? 

Sampuk Jumadi yang sejak tadi sangat fokus mendengarkan penjelasan-penjelasan ustaz.



Jumadi biasa tak baca surah al-fatihah? 

Biasalah ustaz, kan setiap kali solat kita wajib baca surah al-fatihah sebab itu kan salah satu rukun solat.

Nah, perasan tak ayat pertama dan kedua dalam surah tu Allah kata apa? 

Ayat ni kan, ustaz?

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (Al-Fatihah, 1: 1-2)

Ya betul, kamu memang bijak, Jumadi. Kan jelas disitu Allah perkenalkan diri-Nya sebagai Tuhan (“RABB”) yang membawa maksud Allah sebagai pemilik, pengurus dan pentadbir sekalian alam. Dia juga memiliki sifat Ar-Rahman (Pengasih) dan Ar-Rahim (Penyayang). Maknanya, yang ada dengan kita hari ni hanyalah pinjaman dari-Nya yang kerana sifat-Nya yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Adik-adik pernah pinjam barang dengan kawan tak? 

Ramai-ramai menjawab dengan penuh semangat. Pernah Ustaz! Baguslah kalau gitu, senang sikit ustaz nak explain.

Biasanya barang pinjam ni adik-adik, bagus ke kalau kita salah guna. Contohnya, Saiful pinjamkan motor kepada Jumadi untuk memudahkannya ke Masjid, kemudian Jumadi gi gunakan merempit. Saiful rasa, perbuatan tu benar atau salah? Mana boleh gitu, ustaz. Itu khianat kepercayaan namanya tu, kata Saiful dengan lantang.

Correctly, begitulah juga segala apa yang kita ada ni adik-adik. Mata, telinga, hati, tangan, kaki, harta, masa, tenaga, rezeki dan lain-lain lagi. Semua hanyalah pinjaman dari Allah untuk kita uruskan sesuai dengan perintah-Nya. Allah pinjamkan semua tu sebab nak suruh kita beribadah kepada-Nya. Tak patut kan sebagai hamba Allah, kita gunakan semua pinjaman itu untuk keseronokan dunia semata-mata hingga sanggup abaikan tanggungjawab beribadah kepada-Nya. Betul tak Jumadi? 

hmmmm, betul tu ustaz!



Bersambung....


Rabu, 29 Januari 2025

Ustaz, macamana nak jadi remaja ulul albab?

 Assalamualaikum...

Apa khabar hari ini, adik-adik?

Hari ni, ustaz nak sembang-sembang pasal satu tajuk yang macam mana eh, alah macam adik-adik sembang pasal gelaran “Qonqueror” dalam permainan game PUBG tu. Tapi ni gelaran versi Quran - “Ulul Albab”.

Pernah dengar pasal ni belum? Kalau belum, jom ikut ustaz, kita terjah sama-sama!

So, "Ulul Albab" tu apa dia adik-adik?

Bunyinya macam nampak canggih je kan?

Meh sini ustaz nak cerita ckit, "Ulul Albab" ni kalau dalam Bahasa Arab tu maksudnya lebih kurang "orang yang ada akal yang tajam dan hati nurani yang bersih atau cerdas dan bijaksanalah orang kata”.

Bukan setakat bijak pandai baca buku je, tapi pandai guna akal untuk berfikir secara matang, realistik dan penuh hikmah kebijaksanaan serta budi pekerti yang baik kerana selalu ingat dan kembali kepada Allah.

Oh gitu, tapi “macamana nak jadi remaja yang bijaksana yang selalu ingat dan kembali kepada Allah macam Ulul Albab tu, Ustaz? Tanya Saiful.

Macam ni Saiful, cuba perhatikan dengan teliti apa kata Allah dalam ayat di bawah ni;-

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal (Ulul Albab); (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."

                                                                                                                            (Ali-Imran, 3: 190-191)

Perasan tak ada tiga mesej penting daripada ayat ini yang adik-adik boleh beri perhatian dan aplikasikan dalam apa juga kegiatan atau aktiviti harian yang adik-adik jalani.

“Apa tiga perkara tu ustaz”?, tanya Ahmad yang sangat teruja dan ingin tahu tentang tiga mesej tersebut.

Bersambung....

Sabtu, 25 Januari 2025

"Sebarkan Harapan: Bersama Membina Legasi Rabbani di Bumi Sandakan"


Sandakan Sabah sebuah daerah yang masih dahagakan bimbingan dan dakwah menuju redha Allah. Di sini, berdirinya sebuah madrasah kecil yang menjadi tempat berlindung ilmu dan cahaya Islam. Setiap pagi, suara anak-anak pelajar mengalunkan ayat suci al-Quran memenuhi udara. Namun, di sebalik semangat mereka, madrasah ini bergelut dengan kekurangan. Fasiliti yang terhad dan serba kekurangan, kebajikan guru-guru yang berkorban masa, tenaga dan keilmuan mereka demi anak-anak pelajar.



 

Satu ketika, seorang pelajar bertanya kepada gurunya, "Ustaz, adakah madrasah kita akan terus wujud untuk kami belajar mencintai Allah?" Ustaz itu hanya tersenyum, tetapi jauh di sudut hatinya, dia bimbang akan masa depan institusi ini.

Namun, kita mampu mengubah cerita ini! Dengan sokongan infaq anda, kita boleh memastikan madrasah ini terus berdiri teguh menjadi pusat ilmu dan dakwah di bumi Sandakan. Setiap ringgit yang anda sumbangkan akan menjadi saham akhirat anda – membina kelas baru, menyediakan kelengkapan pembelajaran, dan memberi harapan kepada generasi Islam yang akan datang.


✨ Ayuh hulurkan tangan, sebarkan manfaat!

📍 "Bersama Kita Hidupkan Cahaya Islam di Sandakan"

"Infaq anda adalah amanah dakwah dan pendidikan. Jadilah sebahagian daripada misi suci ini."

Ingatan Tulus Ikhlas,
Aktivis Quran UMJ,
Timb. Pengerusi PPRS