Infaq Buku untuk Dakwah & Penghayatan Al-Quran
Kajian UNICEF, UNFPA: 1 daripada 5 murid hilang minat ke sekolah selepas PKP adalah suatu perkara yang agak membimbangkan. Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kajian-unicef-unfpa-1-daripada-5-murid-hilang-minat-ke-sekolah-selepas-pkp-265961
Al-Quran sangat bernilai buat bekalan kehidupan untuk anak generasi remaja dan para pelajar kita, ia mampu menjadi pedoman, panduan dan motivasi untuk mereka memacu kehidupan ke arah yang lebih baik dan cemerlang di dunia dan akhirat. Namun, terkadang kerana lemas dan hanyut dengan cabaran dan godaan kehidupan dunia menyebabkan mereka terleka.
Justeru, mereka harus dibantu dan dipimpin agar mampu melihat nilai-nilai kehidupan untuk kebaikan diri dan masa depan mereka dengan suluhan al-Quran. Semoga al-Quran terus dihayati oleh setiap jiwa dari mereka.
Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya, dikesempatan ini saya ingin mengajak tuan, puan, rakan-rakan, sahabat dan insan-insan budiman untuk bersama-sama merebut peluang pahala berganda pada ramadhan ini bagi membantu kami menjayakan satu misi dakwah & penghayatan al-Quran yang akan dilaksanakan selepas ramadhan. Semoga ia menjadi hadiah bernilai pahala yang berganda dan berterusan buat kita.
Dari Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, "Barang siapa menyeru kepada petunjuk maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun, dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia mendapatkan dosa seperti dosa orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa-dosa mereka sedikit pun." (HR TIRMIDZI - No 2598)
Sasaran : RM 3,500 (-10% untuk pengurusan danabuku.com)
Jumlah Unit Tajaan : (RM 15 x 210 = RM 3,150)
Baki diperlukan : RM 2,845

.png)
.png)