Perjalanan - Putera Aiman

Khamis, 28 November 2024

Dakwah & Pendidikan di Sandakan, Sabah.

 Assalamualaikum.

              atau

Misi membantu survival perjuangan dakwah dan pendidikan kami di bumi Sabah demi menjaga kelangsungan kebajikan guru, kakitangan dan pengurusan madrasah serta program-program tarbiyyah yang bermanfaat untuk para pelajar. 

Jualan amal Ebook PDF "Nahu Ekspress : Mengenal 10 Kaedah Asas Tatabahasa Arab" untuk yang berminat nak mengenal dan belajar asas kaedah bahasa Arab atau Ebook PDF Diari Ramadhanku : Ke Arah Membina Diriku Yang Lebih Baik.


Nantikan kelas intensif secara online yang akan di laksanakan pada bulan Ramadhan akan datang.

Hantarkan resit pembayaran anda untuk dapatkan akses kepada E-Book. 




Hantar resit pembayaran anda di sini

www.wasap.my/60102061392


Yang berkhidmat,
Mahmud Jamaludin,
Timb. Pengerusi PPRS



Jumaat, 12 April 2024

MISI DAKWAH & PENGHAYATAN AL-QURAN

 Infaq Buku untuk Dakwah & Penghayatan Al-Quran


Kajian UNICEF, UNFPA: 1 daripada 5 murid hilang minat ke sekolah selepas PKP adalah suatu perkara yang agak membimbangkan. Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kajian-unicef-unfpa-1-daripada-5-murid-hilang-minat-ke-sekolah-selepas-pkp-265961

Al-Quran sangat bernilai buat bekalan kehidupan untuk anak generasi remaja dan para pelajar kita, ia mampu menjadi pedoman, panduan dan motivasi untuk mereka memacu kehidupan ke arah yang lebih baik dan cemerlang di dunia dan akhirat. Namun, terkadang kerana lemas dan hanyut dengan cabaran dan godaan kehidupan dunia menyebabkan mereka terleka.

Justeru, mereka harus dibantu dan dipimpin agar mampu melihat nilai-nilai kehidupan untuk kebaikan diri dan masa depan mereka dengan suluhan al-Quran. Semoga al-Quran terus dihayati oleh setiap jiwa dari mereka.

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya, dikesempatan ini saya ingin mengajak tuan, puan, rakan-rakan, sahabat dan insan-insan budiman untuk bersama-sama merebut peluang pahala berganda pada ramadhan ini bagi membantu kami menjayakan satu misi dakwah & penghayatan al-Quran yang akan dilaksanakan selepas ramadhan. Semoga ia menjadi hadiah bernilai pahala yang berganda dan berterusan buat kita.

Dari Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, "Barang siapa menyeru kepada petunjuk maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun, dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia mendapatkan dosa seperti dosa orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa-dosa mereka sedikit pun." (HR TIRMIDZI - No 2598)


Mohon bantu saya dalam usaha merealisasikan misi ini untuk dapatkan penajaan/infaq untuk 210 unit buku yang menghimpunkan 30 perkataan bernilai dan bermanfaat dari al-Quran untuk dihadiahkan kepada pelajar-pelajar yang bakal ditemui dalam program dakwah dan penghayatan al-Quran yang telah dan bakal dilaksanakan selepas ramadhan ini sebagai "tools" atau bahan yang digunakan untuk tujuan pembelajaran.

Ruang tajaan/infaq dibuka melalui 2 cara, iaitu

1. Hadiahkan senaskah buku dengan nilai tajaan/infaq RM15. Atau
2. Hadiahkan melalui cara perkongsian 3 penaja bagi seunit buku.
1 bahagian perkongsian = RM5

Link tajaan : Taja Buku Diari Ramadhanku

Sasaran : RM 3,500 (-10% untuk pengurusan danabuku.com)
Jumlah Unit Tajaan : (RM 15 x 210 = RM 3,150)
Tajaan/Infaq Terkini (13 April 2024) : RM 655
Baki diperlukan : RM 2,845

Sebarang penajaan boleh anda disalurkan melalui akaun berikut: 

MAYBANK
563064151884
Aktivis Quran Resources 

Rujukan: InfaqDR

UMJ Al-Hafiz,
Misi Dakwah & Penghayatan Al-Quran,
Aktivis Quran Resources
No untuk dihubungi: https://wa.link/kumqnz